Monday, December 21, 2009

Hati Kita...

Ya Allah, KURNIAKAN Kepadaku HATI Yang Seperti Ini...


HATI YANG SEDAR

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
" Sesungguhnya ( keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa ) yang tersebut itu, tidak syak lagi mngandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati ( yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh ( kepada pengajaran itu ) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya".
( Surah QAF 50:37 )


HATI YANG BERSIH

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
" Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih ( dengan iman dan amal kebajikan ) ".
( Surah AS-SYAMS 91:9 )


HATI YANG LURUS

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
" ( Mereka berdoa dan berkata ) Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanalah kepada kami limpah rahmat-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya".
( Surah Ali 'Imran 3:8 )


Dan Kau PELIHARA Daripadaku HATI Ini


HATI YANG TERHIJAB @ TERTUTUP

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
" Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu ( al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat ( yang menjadikan mereka tidak dapat mendengar)".
( Surah AL-AN'AM 6:25 )


Andainya Perempuan Tahu

19 Perkara Yang Harus Diketahui Oleh Anda ( Perempuan )...

1) Lelaki boleh menjadi seorang yang begitu sensitif dan mengambil berat ( prihatin ).

2) Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi.

3) Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh wanita.

4) Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5) Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

6) Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita sebab itu mereka suka melihat wanita.

7) Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

8) Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9) Bila lelaki bercakap.. " Emm.. tengoklah dulu".. itu tandanya atau seringkali membawa maksud dia berkata tidak atau tidak bersetuju dalam hal itu.

10) Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11) Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys.

12) Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila apabila perempuan asyik sebut nama lelaki lain.

13) Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak memahami perasaan perempuan (pening dengan perihal wanita atau sikap wanita).

14) Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan flirting dengan ramai wanita.. dia tetap hanya ada satu orang teman wanita yang teristimewa dalam hatinya yang lain itu hanyalah kawan.

15) Lelaki sering terlepas pandang dan merasakan kejadian wanita itu begitu indah! Jadi maafkan sahaja mereka jika ada mereka buat begitu kerana mereka tidak sengaja.

16) Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga berasa sedih.. cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.

17) Bila seseorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana lah tahu kan jika lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti ( Kebanyakan lelaki pemalu nak lakukan first move ).

18) Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

19) Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.


Kesimpulan :- Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Lelaki Idaman Wanita

1) Lelaki tulin - Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.

2) Lelaki yang berharga - Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

3) Lelaki yang teguh jiwa - Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana airmata adalah perhiasan hati wanita.

4) Lelaki yang sederhana - Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

5) Lelaki yang cantik - Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

6) Lelaki yang punya pendirian - Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji apabila berjanji.

7) Lelaki yang kemas dan bersih - Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

8) Lelaki yang cerdik - Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

9) Lelaki yang cekap - Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

10) Lelaki yang bijak - Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

11) Lelaki yang tabah - Tidak mudah hilang akal bila menghadapimasalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

12) Lelaki yang berwawasan- Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

13) Lelaki yang baik- Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

14) Lelaki yang sopan - Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

15) Lelaki yang mengasihi - Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya kepada wanita itu. Suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

16) Lelaki yang ceria- Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

Di Sebalik Kebahagiaan

Cinta ialah anugerah Ilahi kepada setiap insan. Insan yang tidak memiliki rasa cinta ialah insan yang tidak normal. Manusia tidak dapat lari daripada perasaan cinta. Oleh sebab itu, tidak hairanlah al-Quran mengutarakan cinta sebagai sesuatu fitrah yang bergolak dalam setiap jiwa.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud,

" Dihiaskan bagi manusia itu kecintaan apa yang menyenangkan iaitu daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada emas dan perak, kuda-kuda pilihan, haiwan ternakan dan tanaman. " ( Surah Ali 'Imran 3:14 )