Monday, December 21, 2009

Andainya Perempuan Tahu

19 Perkara Yang Harus Diketahui Oleh Anda ( Perempuan )...

1) Lelaki boleh menjadi seorang yang begitu sensitif dan mengambil berat ( prihatin ).

2) Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi.

3) Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh wanita.

4) Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5) Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

6) Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita sebab itu mereka suka melihat wanita.

7) Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

8) Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9) Bila lelaki bercakap.. " Emm.. tengoklah dulu".. itu tandanya atau seringkali membawa maksud dia berkata tidak atau tidak bersetuju dalam hal itu.

10) Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11) Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys.

12) Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila apabila perempuan asyik sebut nama lelaki lain.

13) Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak memahami perasaan perempuan (pening dengan perihal wanita atau sikap wanita).

14) Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan flirting dengan ramai wanita.. dia tetap hanya ada satu orang teman wanita yang teristimewa dalam hatinya yang lain itu hanyalah kawan.

15) Lelaki sering terlepas pandang dan merasakan kejadian wanita itu begitu indah! Jadi maafkan sahaja mereka jika ada mereka buat begitu kerana mereka tidak sengaja.

16) Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga berasa sedih.. cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.

17) Bila seseorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana lah tahu kan jika lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti ( Kebanyakan lelaki pemalu nak lakukan first move ).

18) Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

19) Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.


Kesimpulan :- Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

No comments:

Post a Comment