Monday, December 21, 2009

Lelaki Idaman Wanita

1) Lelaki tulin - Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.

2) Lelaki yang berharga - Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

3) Lelaki yang teguh jiwa - Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana airmata adalah perhiasan hati wanita.

4) Lelaki yang sederhana - Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

5) Lelaki yang cantik - Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

6) Lelaki yang punya pendirian - Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji apabila berjanji.

7) Lelaki yang kemas dan bersih - Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

8) Lelaki yang cerdik - Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

9) Lelaki yang cekap - Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

10) Lelaki yang bijak - Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

11) Lelaki yang tabah - Tidak mudah hilang akal bila menghadapimasalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

12) Lelaki yang berwawasan- Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

13) Lelaki yang baik- Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

14) Lelaki yang sopan - Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

15) Lelaki yang mengasihi - Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya kepada wanita itu. Suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

16) Lelaki yang ceria- Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

No comments:

Post a Comment